Thursday 25 August 2016

SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK PENDETA ZA'BA 2016


TAJUK:SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK PENDETA ZA'BA 2016
TARIKH: 22 Ogos 2016
MASA:8.00 pagi - 10.00 pagi
PENYELARAS: Puan Hajah Azizah Bt Jamali

Pada 22 Ogos 2016, telah diadakan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat SMK Pendeta Za'ba. Sebagai simbolik pelancaran bulan kemerdekaan, Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ telah melepaskan burung merbok. Program diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan yang menarik daripada para pelajar seperti nyanyian lagu dan puisi gabungan pelajar kelab teater dan 2 orang pelajar yang berbakat, lagu bahtera merdeka dan persembahan khas lagu warisan daripada pelajar PPKI, persembahan sajak daripada 3 orang pelajar dengan tajuk hujan merdeka. Program disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan laungan kemerdekaan.



 Ucapan perasmian kemerdekaan dan simbolik perasmian
persembahan pelajar



acara memotong kek dan nyanyian lagu patriotik beramai-ramai

Tayangan montaj khas yang disediakan oleh pelajar 




Sesi bergambar beramai-ramai


 #SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN 

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA