Thursday 17 December 2015

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

Tugas
  1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa. 
  2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan. 
  3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tesebut. 
  4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 
  5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah. 
  6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka. 
  7. Mesyuarat 
  • 7.4 Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Pengetua. 
  • 7.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir. 
  • 7.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Pengetua/ Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan. 
  • 7.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA