Thursday 17 December 2015

Jawatankuasa Pusat Sumber/ Perpustakaan Sekolah

Jawatankuasa Pusat Sumber/ Perpustakaan Sekolah

Tugas-tugas Guru Perpustakaan
  1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengguna perpustakaan. 
  2. Membuat anggaran belanjawan perpustakaan. 
  3. Menyediakan senarai buku-buku alat-alat bilik perpustakaan. 
  4. Melantik, melatih dan menyedia pengawas perpustakaan dalam membantu mengurus perpustakaan. 
  5. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan. 
  6. Memastikan bahawa perpustakaan diurus secara teratur dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain jenis bahan sesuai untuk murid-murid dan guru-guru. 
  7. Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Pengetua. 
  8. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta akur dengan borang pesanan atau invois. 
  9. Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan. 
  10. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan mengelaskan buku-buku tersebut mengikut perkelasan ‘Perpuluhan Dewey’. 
  11. Memastikan setiap buku mengandungi dokel buku, kad buku, ‘slaid’ tulang belakang dan kad katalog sebelum digunakan. 
  12. Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertadingan membaca dan seumpamanya. 
  13. Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan murid-murid meminjam buku. 
  14. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya. 
  15. Menjilid majalah-majalah. 
  16. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan. 
  17. Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan. 
  18. Mengadakan fail-fail tegak. 
  19. Menyimpan guntingan atau keratan akhbar dan kertas-kertas soalan peperiksaan untuk rujukan.
  20. Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka bergerak. 
  21. Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
  22. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti:
  • Mengisikan jadual kedatangan. 
  • Menyusun buku-buku di rak dan para-para 
  • Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan 
  • Melengkapkan buku stok 
  • Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru
  • Menguruskan proses hapuskira. 
  • Menyemak dan menutup stok di akhir tahun. 
 Sumber: Fb Bumi Pendidik

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA