Tuesday 5 January 2016

MINGGU ORIENTASI PELAJAR SMKPZ

SEKITAR MINGGU ORIENTASI SMKPZ

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPZ sedang giat menjayakan minggu orientasi pelajar baru tingkatan 1 dan minggu orientasi untuk pelajar tingkatan 4. Baru-baru ini, pengelola blog sempat melihat aktiviti yang dijalankan pada hari kedua minggu orientasi tingkatan 1. Kelihatan semua pelajar tingkatan 1 begitu bersemangat setiap kali taklimat diadakan. Guru Kaunselor, En Fahrid yang bertugas melancarkan perjalanan orientasi tingkatan 1 di Dewan seri Pendeta turut dibantu oleh krew-krew yang terdiri daripada  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS SMKPZ)



 Taklimat bersama GPK HEM, Tuan Hj. Roslan B. Omar yang menyampaikan banyak maklumat penting berkaitan disiplin dan pengurusan kelas. Setiap pelajar baru tingkatan 1 juga telah dibekalkan dengan fail kuning yang mengandungi pelbagai maklumat yang perlu dijadikan rujukkan pelajar.





Puan Nor Hayati Bt Abdul Rahman, GPK Kokurikulum yang juga merupakan guru muzik SMKPZ  melatih pelajar baru tingkatan 1 untuk menyanyikan lagu sekolah dengan betul mengikut rentak muzik yang dimainkan.. Semangat untuk menyanyikan lagu jelas terpancar apabila pelajar tingkatan 1 kelihatan begitu seronok menghafal lagu sekolah seawal minggu pertama persekolahan





Banyak lagi gambar sesi taklimat sepanjang minggu orientasi akan menyusul kemudian 


No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA