Saturday 21 October 2017

PASUKAN PENGAWAS PSS SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

PASUKAN PENGAWAS PSS SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan pengawas Pusat Sumber SMK Pendeta Za'ba yang terdiri daripada saudara Hafiz, Ammar, Haikal, Cahaya dan guru penasihat, En Loqman (Guru Perpustakaan dan Media)  kerana produk inovasi mereka telah berjaya menambat hati juri dan merangkul Anugerah Emas sempena sambutan Hari Alam Sekitar peringkat Kebangsaan  pada 21 Oktober 2017 bertempat di D'tempat Country club bandar sri sendayan Negeri Sembilan. 

Produk inovasi yang dihasilkan diberi nama "Sock-it" ialah tempat penyimpanan stokin sistematik yang diperbuat daripada bahan kitar semula untuk golongan pelajar sekolah. Ramai pelajar yang tidak mempunyai tempat penyimpanan stokin di rumah sehingga menyebabkan mereka sering memakai stokin sama yang berbau ke sekolah. Masalah timbul apabila pelajar tersebut memasuki perpustakaan dan bau stokin tersebut menganggu pelajar lain. Oleh itu, melalui projek inovasi "Sock-it" ini, pengawas PSS SMKPZ dapat mendidik pelajar bermula dari rumah supaya mengamalkan kebersihan dan sentiasa memakai stokin yang tidak berbau ke sekolah.















"KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN"

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA