Sunday 16 July 2017

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SMK PENDETA ZA'BA DARIPADA SMK WARISAN PUTERI


LAWATAN PENANDA ARAS  PUSAT SUMBER SMK PENDETA ZA'BA DARIPADA SMK WARISAN PUTERI

Pada 15 Julai 2017, Pusat Sumber SMK Pendeta Za'ba menerima kunjungan daripada SMK Warisan Puteri untuk program lawatan penanda aras. Seramai 3 orang guru pengiring dan 40 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas dan pengawas pusat sumber SMK Warisan Puteri telah melawat PSS SMK Pendeta Za'ba. Melalui program ini, kedua-dua sekolah telah bertukar idea dan perkongsian pendapat untuk meningkatkan lagi peranan dan fungsi pusat sumber sekolah masing-masing. Unit Pusat Sumber SMK Pendeta Za'ba mengucapkan ribuan terima kasih kepada GPM SMK Warisan Puteri kerana sudi menjalankan lawatan ini. Masih banyak kekurangan di SMKPZ yang dalam proses ditambahbaik. Semoga sama-sama dapat meningkatkan kecemerlangan Pusat sumber sekolah. 








sesi pembentangan oleh En Loqman, GPM SMKPZ dan perkongsian idea bersama SMK Warisan Puteri



 Lawatan galeri sejarah


 Majlis penutup



Lawatan ke PSS SMKPZ

Ke Arah Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA