Thursday 27 April 2017

SMK PENDETA ZA'BA NAIB JOHAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017

 SMK PENDETA ZA'BA NAIB JOHAN 
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH 
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017

Tahniah diucapkan kepada Unit Pusat Sumber SMK Pendeta Za'ba, barisan pentadbir dan seluruh warga sekolah kerana berjaya mencipta sejarah apabila Pusat Sumber Sekolah telah berjaya melepasi saringan peringkat PKG Ampangan, daerah dan bertanding di peringkat negeri. Satu kejayan yang tak dijangka apabila muncul Naib Johan peringkat Negeri Sembilan kerana ini merupakan kali pertama SMK Pendeta Za'ba melayakkan diri ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang turut bersaing di peringkat negeri untuk edisi 2017. Semoga penambahbaikan akan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa seterusnya mampu mewujudkan suasana yang kondusif untuk kemenjadian pelajar di SMK Pendeta Za'ba.

 Bersama pegawai PKG Ampangan, Puan Norlida dan GPM SK Ampangan yang turut mewakili daerah ke peringkat negeri

 Bersama GPK HEM, Tn Haji Roslan yang mewakili Pengetua 

Guru Perpustakaan dan Media, En Loqman Bersama sijil dan cenderamata yang dimenangi



Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk lebih berjaya pada masa akan datang

"KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE -21"

1 comment:

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA