Wednesday 25 May 2016

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAWAS PSS SMKPZ SIRI 2/2016

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAWAS PSS SMKPZ SIRI 2/2016

Tarikh: 21 Mei 2016
Masa: 8.00 pgi- 12.00 tghri
Anjuran: Unit Pusat Sumber SMKPZ
Fasilitator: En. Mohd Loqmanul Hakim

Pada 21 Mei 2016 telah berlangsung Bengkel Pemantapan Pengawas PSS siri 2/2016 yang merupakan kesinambungan daripada bengkel siri 1 yang telah diadakan pada bulan Mac 2016. Seramai 40 orang pengawas PSS yang baru dilantik telah mengikuti bengkel ini dan berjaya mendapat sijil asas pengawas pusat sumber peringkat sekolah.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberikan ilmu pengurusan PSS kepada pengawas PSS yang dilantik terutama dari segi tugasan di kaunter sirkulasi untuk pinjaman dan pemulangan buku, pengendalian sistem Ps-sentral melalui barcode scanner, teknik proses buku, kaedah menampal tulang buku dengan betul dan keceriaan PSS.

Modul yang digunapakai sepanjang bengkel telah disediakan oleh En Loqman, yang membahagikan aktiviti kepada 4 slot utama iaitu slot 1-Mari berkenalan, slot 2- Pengawas PSS cergas, slot 3-Buku temanku dan slot 4- Pulang marilah pulang.


Slot 1- Marilah berkenalan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli pasukan pengawas PSS dan mewujudkan organisasi yang cakna antara satu sama lain. Aktiviti pembahagian kumpulan mengikut tarikh lahir dan tepuk pengawas PSS memberikan keseronokkan kepada peserta untuk persediaan slot 2.


Slot 2- Pengawas PSS cergas merupakan "task" berkumpulan dimana peserta perlu mencari 5 buah buku daripada rak berlainan mengikut arahan fasilitator. Kemudian mereka perlu duduk di dalam kumpulan dan berbincang kaedah mencari nombor panggilan buku dengan betul. Pasukan yang paling lambat menyiapkan task akan dikenakan denda.


Slot 3- Buku temanku merupakan sambungan daripada slot 2. Peserta perlu menulis nombor perolehan buku dengan betul dan menampal pada buku mengikut ukuran yang betul. Setelah selesai, buku yang lengkap ditampal ditunjuk kepada fasilitator untuk dinilai. Dalam slot 3, peserta dilatih cara menggunakan Ps-sentral oleh En Loqman dan cara mengendalikan urusan kaunter sirkulasi.



Slot 4- Pulang marilah pulang - Peserta dikehendaki menyanyikan lagu tepuk Pengawas PSS mengikut kumpulan masing-masing untuk melatih keberanian berdepan dengan khalayak. Peserta yang malu-malu akan dipaksa sehingga kumpulan mereka berjaya menunjukkan persembahan tepuk yang bersemangat dan serentak. Aktiviti menyiapkan kad ucapan hari guru juga diselitkan pada slot 4 untuk menghabiskan waktu yang masih berbaki.


"we love PSS"- Para peserta bergambar kenangan sebelum bersurai

-Ke arah pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke 21-

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA