Friday 1 April 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Tarikh: 30 Mac 2016
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Masa: 7.30 pagi
Penyelaras NILAM: Puan Salmah Bt Ithnin
Penyelaras KM1M- En Mohd Loqmanul Hakim B Kamaruldzaman

Pada 30 Mac 2016, telah berlangsung majlis pelancaran NILAM dan Kem Membaca 1 Malaysia yang telah dirasmikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt burok, Pengetua cemerlang SMK Pendeta Za'ba. Program ini bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid SMK Pendeta Za'ba dan menyemai nilai cintakan ilmu melalui pembacaan buku-buku yang mampu melahirkan insan berilmu. Kem Membaca 1 Malaysia juga merupakan program yang bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan murid yang dilaksanakan sebagai salah satu program tahunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara pertandingan sempena KM1M peringkat SMK Pendeta Za'ba tahun 2016 ialah;

-Pertandingan puisi dan lagu
-Pertandingan bercerita tingkatan 1 dan 2
-Pertandingan sajak Bahasa Inggeris
-Pertandingan kuiz perpustakaan
-Pertandingan teka silang kata
-Pertandingan menulis karya kreatif

Program NILAM pula;
-Hadiah pengunjung bertuah
-Hadiah pembaca terbanyak
-Hadiah sinopsis terbaik
-Anugerah Jauhari dan NILAM



Pengerusi majlis Puan Noraini dan Puan Haniza, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-alaq oleh saudari Fatini

Membaca senyap memberi ruang kepada warga SMKPZ membaca buku sempena program


Taklimat program daripada Puan Rose Aida, Setiausaha NILAM


Ucapan perasmian Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba

Gimik perasmian dan nyanyian lagu NILAM


Persembahan penutup   "Boria NILAM" yang dipersembahkan oleh kumpulan daripada kelab kebudayaan SMK Pendeta Za'ba bawah pimpinan Puan Norhayati, GPK Kokurikulum.

Tayangan montaj 



KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA