Sunday 13 March 2016

KURSUS MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PENDETA ZA'BA 2016


KURSUS MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PENDETA ZA'BA 2016
 Tarikh: 12 Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Masa- 8.00- 12.30 tghri

Kursus Motivasi dan Kepimpinan Pengawas SMK Pendeta Za'ba telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mac 2016 bertempat di Dewan Seri Pendeta. Antara objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan dalam mengatasi kes disiplin dan membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif . Diharap melalui kursus ini, para pengawas SMKPZ akan dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya membantu pihak sekolah dalam pengawasan disiplin pelajar



Suasana sewaktu kursus berlangsung. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan seperti Ice-breaking-sesi berkenalan dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Taklimat daripada penceramah jemputan banyak mendedahkan para pengawas yang hadir dengan kemahiran-kemahiran berguna.


Bergambar kenangan selepas kursus tamat

Ke arah Kecemerlangan Insan!

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA