Sunday 27 March 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SMART AL-QURAN (PSQ) SMK PENDETA ZA'BA KALI KE-3 TAHUN 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SMART AL-QURAN (PSQ) SMK PENDETA ZA'BA KALI KE-3 TAHUN 2016

Tarikh: 25 Mac 2016
Tempat: Dewan seri Pendeta
Masa: 8.30 pagi
Penyelaras: Ustazah Thahirah Bt Hassan Basri


Pada 25 Mac 2016, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Smart Al-Quran (PSQ) SMK Pendeta Za'ba kali ke-3 tahun 2016. Majlis yang dihadiri beberapa orang tetamu kehormat telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan menjayakan majlis yang telah dirancang.

Senarai tetamu kehormat yang hadir;

Yang Berhormat
Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Yang Berhormat
Dato’ hj Abu Ubaidah Bin Dato Hj Redza, Pengerusi Jawatankuasa bertindak Kemudahan Awam, Alam sekitar dan Kepenggunaan merangkap ADUN Ampangan
Yang Berbahagia,
Encik Ramlan B Naim
Bendahari Kehormat Dewan Perniagaan Melayu N.Sembilan
Yang Berbahagia,
Encik Saifudin B Husin
Pengerusi Majlis Belia Daerah Seremban
Yang Berbahagia,
En Zuraimi B Ayub
Pengurus Bank Islam Cawangan Seremban
Yang Berbahagia,
En.Shahrum Azam Bin Mamat
Yang Dipertua PIBG SMK Pendeta Za’ba
Yang Berbahagia,
Pn.Hjh Hamidah Bt Burok
Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba

Suasana ketika majlis PSQ


Suasana ketika sambutan tetamu kehormat



Suasana ketika majlis bermula, bacaan Asma ul Husna dan bacaan doa yang dipimpin Ustaz Abdullah


Persembahan nasyid daripada pelajar putera SMKPZ

Sesi ucapan daripada Yang Berhormat Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat
Dato’ hj Abu Ubaidah Bin Dato Hj Redza, Pengerusi Jawatankuasa bertindak Kemudahan Awam, Alam sekitar dan Kepenggunaan merangkap ADUN Ampangan dan juga Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ


Bacaan surah Al-Baqarah ayat 1-16 yang diketuai oleh Ustaz Noshahrulazemi,wakil murid dan wakil pentadbir serta guru



Sesi penyampaian sijil kepada semua murid yang dilantik sebagai mentor dan cenderamata kepada para tetamu kehormat

Murid-murid yang dilantik sebagai mentor bergambar kenangan dengan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan para tetamu kehormat


Jamuan mahabbah sebelum bersurai


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Sunday 13 March 2016

KURSUS MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PENDETA ZA'BA 2016


KURSUS MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PENDETA ZA'BA 2016
 Tarikh: 12 Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Masa- 8.00- 12.30 tghri

Kursus Motivasi dan Kepimpinan Pengawas SMK Pendeta Za'ba telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mac 2016 bertempat di Dewan Seri Pendeta. Antara objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan dalam mengatasi kes disiplin dan membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif . Diharap melalui kursus ini, para pengawas SMKPZ akan dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya membantu pihak sekolah dalam pengawasan disiplin pelajar



Suasana sewaktu kursus berlangsung. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan seperti Ice-breaking-sesi berkenalan dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Taklimat daripada penceramah jemputan banyak mendedahkan para pengawas yang hadir dengan kemahiran-kemahiran berguna.


Bergambar kenangan selepas kursus tamat

Ke arah Kecemerlangan Insan!

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAWAS PSS SMK PENDETA ZA'BA SIRI 1 TAHUN 2016


Bengkel Pemantapan Pengawas PSS SMK Pendeta Za'ba Siri 1 tahun 2016
Tarikh: 12 Mac 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00pgi-11.30 tghri
Tempat: Perpustakaan SMK Pendeta Za'ba

Bengkel Pemantapan Pengawas PSS siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mac 2016 bertujuan untuk memberikan ilmu berkaitan pengurusan pusat sumber kepada semua Pengawas PSS yang baru dilantik melibatkan pengawas PSS baru tingkatan 1,2 dan 4 seramai 45 orang. Untuk siri 1 ini, beberapa aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti Ice-breaking-sesi berkenalan, taklimat pengenalan kepada Pusat Sumber SMKPZ, proses buku, urusan pinjaman di kaunter sirkulasi, jadual tugasan, pembinaan fail tegak dan menghias kotak perpustakaan bergerak (Mobile library). Semoga bengkel ini dapat memberikan pendedahan kepada pengawas PSS sesi 2016 akan bidang tugas serta tanggungjawab mereka. 

Suasana sewaktu sesi Ice-breaking, aktiviti melatih keberanian peserta melalui -kategori suara paling merdu dan mimik muka paling lawak

sesi taklimat yang dilakukan oleh Encik Loqman yang turut melaksanakan beberapa modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk pengawas PSS sepanjang bengkel berlangsung


Suasana ketika pembentukkan kumpulan mengikut bulan kelahiran tanpa mengeluarkan suara menguji peserta bengkel untuk menggunakan bahasa isyarat

Aktiviti menghias kotak perpustakaan bergerak hasil cetusan idea daripada guru perpustakaan Puan Asmahani dan Puan Siti Nor Firdaus 

Gambar kenangan sebelum bersurai


Ke arah Transformasi Pengurusan Pusat Sumber Abad Ke-21

Saturday 5 March 2016

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU PENASIHAT DOKTOR MUDA NEGERI SEMBILAN

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU PENASIHAT DOKTOR MUDA NEGERI SEMBILAN


Tarikh: 2 March 2016
Masa- 10.30- 1.00 tengahari
Tempat- Bilik Gerakkan SMKPZ dan Bilik Gerakkan Doktor Muda SMKPZ
Penyelaras- Puan Noraini Bt Abdul Rahim




Sambutan tetamu oleh para pelajar Kelab doktor muda dan kelab kebudayan sewaktu
 ketibaan  guru-guru penasihat Doktor Muda Negeri Sembilan di pintu pagar utama SMKPZ. 






Suasana semasa sesi pembentangan.. 
Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ memberikan kata-kata aluan dan sesi pembentangan telah dilakukan oleh Pengerusi Kelab Doktor Muda SMKPZ, Puan Noraini Bt Abdul Rahim







Sesi penyampaian cenderamata kepada tetamu yang sudi hadir dan bergambar kenangan sebelum bergerak ke Bilik Gerakkan Doktor Muda SMKPZ



Puan Noraini, penyelaras program sedang memberikan taklimat semasa lawatan ke bilik gerakkan doktor muda SMKPZ


Barisan Doktor Muda SMKPZ bergambar di hadapan bilik gerakkan doktor muda


Guru-guru dan pelajar doktor muda daripada sekolah lain mengambil kesempatan bergambar kenangan di SMKPZ sebelum bertolak pulang ke sekolah masing-masing

Diharap banyak input bermakna diperolehi oleh semua sekolah yang mengambil bahagian dalam lawatan penanda aras ini. Semoga kelab Doktor Muda di Negeri Sembilan terus cemerlang dan mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam semua aspek. Tahniah kepada Kelab Doktor Muda SMKPZ kerana telah menjadi rujukkan sekolah lain. Moga ilmu yang ada terus dikongsi bersama

KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN