Sunday 7 February 2016

PROGRAM PENETAPAN AZAM 2016

PROGRAM PENETAPAN AZAM 2016

Tarikh: 5 Februari 2016
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Penyelaras: Puan Sharifah Norashikin bt Syed Loed (Kaunselor)

Pada 5 Februari 2016, telah berlangsung Program Penetapan Azam 2016 khas untuk semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 di SMK Pendeta Za'ba yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini. Sambutan daripada ibu bapa turut menggalakkan dan majlis  telah berjalan dengan lancar dalam suasana yang tenteram. Tetamu jemputan ialah Puan Nor Rajmy bt Md Yusof, yang mewakili YDP PIBG dan turut dijemput untuk memberikan ucapan aluan mewakili para ibu bapa. Antara objektif Program Penetapan Azam ini ialah:

1-Supaya pelajar dapat menetapkan sasaran pencapaian akademik sekolah bagi tahun 2016

2-Para pelajar lebih bersemangat untuk mencipta kecemerlangan secara berfokus dalam peperiksaan

3-Mendapat sokongan ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatkan kesedaran pelajar supaya lebih berfokus ke arah kecemerlangan


Sambutan mesra daripada barisan pentadbir dan Badan Pemimpin Pelajar SMK Pendeta Za'ba




Suasana dalam dewan semasa majlis berlangsung




Bacaan ikrar para pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang diketuai oleh Saudara Rusydi




Untuk membangkitkan semangat para pelajar, nyanyian lagu "Fikirkan boleh" berkumandang dalam dewan seri pendeta.









Para pelajar dan ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan masing-masing untuk penetapan azam 2016


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN!

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA