Thursday 24 December 2015

MESYUARAT GURU SMKPZ KALI PERTAMA 2016 | HARI KEDUA

Tarikh- 23 Disember 2015
Hari- Rabu
Tempat- Dewan Sri Pendeta

Mesyuarat Guru SMKPZ kali Pertama tahun 2016 diteruskan pada hari kedua. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ . Untuk slot pertama bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari telah berlangsung Mesyuarat Kurikulum 2016 kali pertama. Dalam mesyuarat Kurikulum, semua guru diingatkan untuk mematuhi dasar kurikulum dan perlu dilaksanakan seperti diarahkan. Banyak maklumat penting telah dibincangkan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ dalam mesyuarat Kurikulum ini antaranya berkaitan post mortem PT3, pengurusan kurikulum, pembelajaran abad-21, KBAT, pengurusan PdP yang melibatkan buku rekod mengajar, pencerapan guru, penyemakkan dan penyeliaan buku latihan, pengurusan pusat sumber sekolah dan pelaksanaan program NILAM.
Guru Penolong Kanan Akademik, En Abdul Hadi Bin Mohd Yusof juga telah menekankan perihal pengurusan kurikulum SMKPZ untuk tahun 2016 mengenai jadual waktu dan jawatankuasa kurikulum . Setelah selesai perbincangan mengenai hal-hal lain, mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari untuk waktu rehat.

Slot berikutnya, ialah Mesyuarat Hal Ehwal Murid kali pertama 2016 yang bermula pada pukul 2.00 tengahari dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Dalam mesyuarat HEM ini banyak halatuju dan dasar HEM telah dibincangkan untuk memastikan semua guru SMKPZ sentiasa peka dengan masalah disiplin murid dan sentiasa berusaha kearah kemenjadian murid. Isu-isu yang menjadi penekanan utama ialah berkaitan pengurusan HEM 2016, ponteng sekolah, kehadiran lewat, perancangan strategik HEM dan isu-isu lain yang memerlukan perhatian semua guru. 
Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Roslan Bin Omar telah membincangkan mengenai masalah-masalah disiplin murid SMKPZ untuk tahun 2015 dan meminta para guru agar sentiasa melaporkan dan mencari solusi bersama untuk mengatasi isu disiplin murid di SMKPZ bagi tahun 2016. Selain itu, Tuan Haji Roslan juga menerangkan tentang program terdekat iaitu pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 tahun 2016. Mesyuarat HEM kali pertama telah berakhir pada pukul 4.30 petang. 

Mesyuarat Guru kali Pertama SMKPZ tahun 2016 dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pegetua Cemerlang SMKPZ 

Suasana semasa mesyuarat berlangsung

Setiausaha sedang tekun mencatat minit mesyuarat (Gambar ats kiri) dan semua guru-guru sedang khusyuk mendengar sepanjang sesi mesyuarat berlangsung

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA