Wednesday 30 December 2015

MESYUARAT DAN LDP PANITIA KALI PERTAMA TAHUN 2016

SEKITAR MESYUARAT DAN LDP PANITIA  SMKPZ KALI PERTAMA

Bermula 28 sehingga 31 Disember 2015 telah diadakan mesyuarat panitia dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) setiap panitia. Banyak perkara telah dibincangkan dan diperincikan sepanjang mesyuarat panitia masing-masing untuk mempersiapkan diri dengan sesi persekolahan tahun 2016. Selepas tamat mesyuarat, aktiviti LDP mengikut panitia telah dijalankan. 

Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba juga telah menetapkan tajuk LDP setiap panitia mestilah menjurus kepada pembelajaran abad ke-21 iaitu selari dengan perkembangan dunia pendidikan masakini. Justeru, guru-guru dapat menjadi lebih berinovasi dan bercirikan guru abad ke-21

Berikut merupakan suasana semasa mesyuarat dan LDP berlangsung oleh sebahagian panitia.


PANITIA PENDIDIKAN SENI



Tajuk LDP panitia P.Seni ialah, Pembelajaran Abad ke-21; Aplikasi KBAT dalam Pendidikan Seni


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 


Tajuk LDP panitia Pendidikan Islam ialah Aplikasi Internet Dalam PdP Pendidikan Islam Abad ke -21



PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAN



Tajuk LDP panitia Sivik dan Kewarganegaraan ialah Pengunaan Peta Ithink dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan



PANITIA SEJARAH 


Tajuk LDP Panitia Sejarah ialah Pemerkasaan Soalan KBAT Dalam PdP Mata Pelajaran Sejarah Di Bilik Darjah Dan Cara Penandaan Yang Betul




PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

Tajuk LDP Panitia KH ialah Perkongsian RPH dan penghasilan Peta Ithink pembelajaran Abad ke-21 subjek Kemahiran Hidup



PANITIA GEOGRAFI

Tajuk LDP Panitia Geografi ialah Pemantapan Kemahiran Geografi Dan Penggunaan Peta Ithink



PANITIA SAINS 




Tajuk LDP panitia sains ialah Pembelajaran abad ke-21; Penggunaan ICT, EDUWEBTV dan KBAT dalam PdP Sains


PANITIA PJPK
Tajuk LDP panitia PJPK ialah Aplikasi Internet Dalam Membantu PdP PJPK


PANITIA MATEMATIK
Tajuk LDP Panitia Matematik ialah Pedagogi Dalam Pembelajaran Abad ke-21 



Tahniah diucapkan kepada semua panitia kerana telah berjaya menjalankan mesyuarat dan LDP dengan jayanya sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2016.


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN!

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA